top of page

​SUTRADARA MUDA

Sutradara Muda

Klik disini untuk muat turun dokumen

SUTRADA MUDA

 

​Sutradara Muda adalah modul ringkas tentang bagaimana menghasilkan filem pendek. Dengan hanya memiliki kamera telefon yang boleh merakam video anda boleh menghasilkan kreativiti dan filem pendek. Terjemahkan minat anda dalam menerbitkan filem. Di sini menjadi gelanggang untuk anda mencuba nasib dan mempopularkan diri sebagai penerbit, pengarah, penulis skrip dan pembikin filem. Pertandingan Video Digital Pendidikan 2014 adalah rintis dan kali pertama menjadi eksperimen untuk mencungkil minat di kalangan murid sekolah mencuba nasib dalam penerbitan video.

Bengkel tersebut telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru (PKG) bagi melatih guru-guru untuk menghasilkan satu penerbitan yang akhirnya akan digunakan sebagai salah satu bahan bantu mengajar guru.

 

Tujuan bengkel tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada guru-guru mengenai bagaimana sesebuah dokumentari atau cerita dihasilkan. Pelbagai kaedah dan teknik untuk melaksanakan penggambaran telah dikongsikan bersama.

 

Pegawai dan staf di PKG juga telah didedahkan dengan bengkel-bengkel serta kursus penerbitan. Tujuan utama adalah bagi memberikan khidmat bantu kepada sekolah-sekolah jika diperlukan.

Sutradara Muda & Video Digital Pendidikan 2014

Bengkel Penerbitan & Suntingan

Sutradara Muda-Sharuddin Yusof  Disember 2012

​

Berjuta cara untuk menggegarkan layar besar, dan tidak mustahil untuk mengubah skrip yang tidak bagus agar menjadi sebuah filem yang hebat, apatah lagi sebuah filem pendek 'short films'. Itulah sebabbya semua filem bermula dengan idea dan cerita. Menerbit sebuah filem pendek menimbulkan cabaran yang berbeza berbanding layar penuh dan menjadi sebuah filem yang sebenar terutamanya mengangkat isu-isu masyarakat. Cerita yang dapat diketengahkan bukan sahaja membantu menghasilkan sebuah filem yang hebat tetapi juga memberikan peluang untuk menjadikan kita terkenal dan popular.

bottom of page