top of page

SYARAT PENYERTAAN

Klik disini untuk muat turun syarat penyertaan

TERMA DAN SYARAT
  • Pertandingan adalah terbuka kepada SEMUA WARGA SEKOLAH di negeri Perak.

  • Setiap  penyertaan pertandingan wajib disertakan dengan video dan skrip.

  • Setiap sekolah boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.

  • Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM50 untuk satu penyertaan.

  • Konsep video adalah bebas mengikut kreativiti.

  • Setiap hasil karya juga mestilah TIDAK PERNAH memenangi mana-mana pertandingan filem/video peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

  • Setiap penyertaan digalakkan menggunakan skor muzik asal. Jika menggunapakai “music track” yang sedia ada dipasaran / hak milik orang lain, peserta dikehendaki mendapatkan KEBENARAN BERTULIS daripada pihak yang berkenaan. Pihak Penganjur TIDAK akan bertanggungjawab diatas sebarang tuntutan akibat perlanggaran hasil hak cipta.

  • Pihak Penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap atau lewat diterima.

SPESIFIKASI
  • Merupakan kerja dan idea asal peserta.

  • Tidak boleh diolah atau disunting dari karya sedia ada.

  • Tidak memasukkan komponen audio dan komponen visual yang diambil daripada mana-mana karya sedia ada.

  • Hasil hendaklah berdasarkan kepada skrip yang dihantar bersama borang penyertaan.

  • Karya atau mana-mana bahagian dalam karya juga mestilah tidak melanggar sebarang undang-undang dan tidak terhad kepada hak privasi, hak harta intelek, hak cipta, hak moral, cap dagangan, atau nama perniagaan, atau mana-mana pihak ketiga.

  • Penyertaan akan terbatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diciplak.

  • Karya yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti dan tidak boleh sama sekali mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan dan keagamaan.

  • Bahasa yang digunakan dalam karya adalah Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.

  • Format durasi karya antara 10 ke 15 minit. Tempoh ini TIDAK termasuk montaj dan kredit.

  • Format karya hendaklah sesuai untuk diterbit dan dipaparkan dalam segala bentuk media video. Format yang dibenarkan adalah AVI, WMV, MOV, MPEG(MPEG1, MPEG2, dan MP4 sahaja).

  • Karya hendaklah dihantar kepada penganjur dalam bentuk VCD/DVD.

TUNTUTAN HAK CIPTA
  • Semua karya penyertaan adalah hak milik penganjur.

  • Pihak penganjur mempunyai hak untuk menggunakan karya penyertaan dan mendaftarkannya sebagai harta intelek penganjur.

  • Pihak penganjur juga mempunyai hak untuk mengubahsuai karya penyertaan

KEPUTUSAN PERTANDINGAN
  • Setiap karya akan dinilai berdasarkan keaslian ,konsep dan kreativiti oleh panel penilai yang dilantik oleh pihak penganjur.

  • Pemenang akan dihubungi melalui pos, telefon atau e-mel.

  • Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

TEMPOH PERTANDINGAN
  • Setiap penyertaan yang lengkap dengan skrip hendaklah dihantar kepada penganjur sebelum atau pada 30 Oktober 2015.

bottom of page