top of page

MATLAMAT

 

Pertandingan ini adalah diharapkan akan menjadi pencetus kepada beberapa pertandingan penghasilan video digital dalam format yang lain dan akan dilaksanakan oleh badan-badan dan agensi lain untuk memberi ruang dan peluang kepada golongan pelajar di Negeri Perak menceburkan diri di dalam bidang penerbitan.

 

OBJEKTIF

 

  • Memperkukuhkan nilai-nilai dan identiti kebangsaan serta seni, budaya dan warisan peradaban bangsa melalui filem / video bagi melahirkan industri kandungan tempatan yang memiliki jati diri yang tinggi.

 

  • Menerapkan sifat kepimpinan dan meningkatkan kreativiti para peserta.

 

  • Menimbulkan kesedaran dalam diri peserta dan penonton melalui video yang dipertontonkan.

 

  • Menerapkan konsep kemanusiaan kepada peserta dan penonton melalui video yang disampaikan.

 

  • Mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah.

Latar belakang 

“Unlike all the other art forms, film is able to seize and render the passage of time, to stop it, almost to possess it in infinity. I’d say that film is the sculpting of time.”

– Andrei Tarkovsky

TUJUAN

 

Pertandingan ini merupakan satu program anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Pertandingan ini bermatlamat untuk mengumpul hasil karya para warga sekolah di Negeri Perak (Gabungan guru murid, guru atau murid dan sokongan luar). Penggunaan kemahiran sedia ada dan kreativiti para pelajar menggunakan multimedia yang dikatakan paling dinamik dalam penyampaian maklumat dan mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pengguna.

 

RASIONAL

 

  • Karya yang dihasilkan melalui pertandingan ini akan dijadikan bahan sokongan PdP kepada guru dan murid. Pertandingan ini akan dilihat sebagai satu platform  dalam mencari dan menggilap bakat pelajar di dalam bidang multimedia.

 

  • Memberi ruang kepada para pelajar mempamerkan bakat dan kreativiti melalui penerbitan.

 

  • Menggalakkan dan mempromosikan video digital Malaysia untuk diketengahkan dan dipertandingkan di dalam festival video di dalam dan luar negara.

bottom of page