top of page

Filem\Video

KATARSIS

Directors:  Mohd Yusniza Mohd Redzuan

Screenwriter:  Aini Fadiyah Musa

Production:  Puak Kite Production

 

Mengisahkan seorang anak muda yang merantau untuk mencari rezeki bagi membantu keluarga. Dia berazam untuk menjadi seorang anak yang berjaya dan menjadi kebanggaan keluarga. Usahanya untuk mendapatkan pekerjaan tidak berhasil. 

 

Pelbagai dugaan yang ditempuh mengenangkan nasib untuk membela keluarga, dia tetap teruskan jua. Sesungguhnya susah payah dan kesabaran tidak menjadi sia-sia kerana dia berjaya mendapat pekerjaan yang akhirnya dapat membalas jasa kedua ibubapanya.

MUSIM SEPI

Directors:  Hasri Abu

Screenwriter:  Zainal Ariffin Ngah Jamaluddin

Production:  Cakcibo Mame' Motion Pictures

 

Mengisahkan seorang tua yang menghabiskan waktunya dengan bercakap sendirian dan sering berkeliaran. Kehadirannya tidak disenangi oleh orang ramai kerana penampilannya yang tidak terurus. Kehidupannya suatu ketika dahulu bahagia kini sudah tidak bermakna kerana hidup bersendirian.

 

Dia dihalau dan dihina tanpa rasa belas kasihan kerana pakaiannya yang selekeh dan sering dianggap seperti orang tidak siuman. Lantas dia membawa diri menyusuri sungai hingga ke kuala sambil melayan perasaan yang duka lara dan sepinya setelah disisihkan oleh keluarganya. Jauh disudut hatinya bilakah ini akan berakhir. Kisah ini diakhiri dengan dia kembali kepangkuan keluarga yang telah lama terpisah.

KEPULANGAN

Directors:  Nor Azman Ikhwan

Screenwriter:  Ahmad Fauzi Mohd Zain

Production:  Wayang Jer Tu Sdn. Bhd.

 

Mengisahkan kepulangan seorang pemuda ke kampung halamannya. Pandangan matanya menggambarkan betapa rasa terharu, mengecapi pandangan sekeliling yang telah lama ditinggalkan hampir 5 tahun.

 

Dalam perjalanan dia teringat pengalaman perit mengharungi liku-liku kehidupan di sebalik tirai besi sebagai banduan selama 5 tahun. Peristiwa dia ditangkap oleh orang awam kerana meragut benar-benar menyingkap perasaan penyesalannya. 

Directors:  Zawira Zahiri

Screenwriter:  Nurzawani Norddin

Production:  Lensa Pickha Production

 

Kisah pasangan suami isteri yang tidak lagi semesra dahulu. Suaminya yang sibuk dengan urusan perniagaan tiasa masa untuk diluangkan bersama isterinya. Namun isterinya masih boleh bersabar dengan sikap suaminya kerana kasih sayangnya tidak pernah luntur terhadap suaminya.

 

Sewaktu mereka beriadah, suaminya telah melihat satu pasangan muda yang sedang hangat bercinta. Telah timbul rasa bersalah dan kesal terhadap isterinya kerana terlalu mementingkan kerja sehingga dia mengabaikan isterinya.

KASIH DI PENGHUJUNG SENJA
MASIH ADA SINAR

Directors:  Salehfi' Ramly

Screenwriter:  Norjihan Mat Rashid

Production:  Les Tido Production

 

Mengisahkan seorang kaki judi tegar cuba untuk membunuh diri. tindakannya dapat dihalang oleh seorang ustaz yang sedang dalam perjalanan ke Masjid.

 

Dia telah menghabiskan semua wang simpanan dan barang kemas isterinya kerana terlalu ketagih dengan berjudi sehingga dia telah meminjam wang daripada Along. Hidupnya yang sering diganggu oleh pengutip hutang telah membuatkannya menjadi hilang arah. Isterinya juga telah meninggalkannya kerana tidak tahan dengan perangainya.

bottom of page